Jumaat, 3 Februari 2012

CARA MENYUCIKAN NAJIS

NAJIS MUGHALLAZAH

BERSUCI DARI NAJIS

Najis terbahagi kepada 4 jenis :-

1) NAJIS YANG BERAT ( MUGHALLAZAH )
 najis berat @ mughallazah itu ialah anjing, babi & ank di antara k-2nya @ salah 1 drpd k-2nya.

CARA MENYUCUKAN :
* jika terkena najis yang berat ini, cara mwnyucikannya ialah dgn mmbasuh tmpat y kena najis itu s'bnyk 7x; s'kali drpdnya hndaklah dgn air y b'campur tanah y bersih. jika najis itu kelihatan melekat bendanya ( zat najis ) maka hndaklah dihilangkan lebih dahulu sblum bsuh.


2) NAJIS YANG RINGAN ( MUKHAFFAFAH )
najis ringan ialah air kencing kanak2x lelaki y blum ckup umur 2thn & tidak makan selain drpd susu.


CARA MENYUCIKAN :
* jika terkena najis ini ialah memadai dgan dipercikan air ke atasnya sesudah membuang @ mengelapnya.


3) NAJIS YANG PERTENGAHAN ( MUTAWASSITAH )
seperti tahi & kencing manusia @ bntang, darah, muntah, bangkai bntang kecuali ikam & belalang, susu binatang y tidal halal dagingnya & seumpamanya.


CARA MENYUCIKAN :
* jika terkenanajis ini, buangkam lebih dahulu benda najis itu: kemudian dibasah dgn air y suci sehingga hilang rupanya, rasanya & baunya.


4) NAJIS YANG DIMAAFKAN
seperti bangkai bnatang y tidak mengalir darahnya seperti lalat, lipan, semut & seumpamanya. selain  itu, sedikit darah bisul terkena pakaian @ sedikit percikan air y kotor di tengah jln & seumpamanya.




contoh cara membersihkan najis..selamat menonton
.

BERWUDHU & CARA-CARANYA :-

seseorg yg tidak ada wudhu' disebut berhadas kecil. untuk menyucukan diri drpdnya ialah dgn mengambil wudhu' dgn rukun-rukun @ cara y telah ditentukan. 

RUKUN WUDHU'
 ada 6 perkara iaitu :-
1) Niat mengerjakan fardhu wudhu'
نويت الوضوء لرفع الحدث الأصغر لله تعالى
aku berniat wudhu' untuk menghilangkan hadas kecil kerana ALLAH Ta'ala.
2) membasuh muka dari anak rambut kepala hingga bawah dagu dan anak telinga kanan dan kiri ( lebarnya ).

3) membasuh k-2 tangan hingga kesiku.

4) menyapu sebahagian kepala.

5) membasuh 2 kaki hingga ke buku lali.

6) tertib ( mengikut susunan y telah diatur oleh syarak seperti di atas )


SUNAT-SUNAT YANG DITUNTUT SEMASA BERWUDHU'

1) bersugi ( mennosol gigi )
2) mengadap kiblat.
3) membaca basmalah.
4) membasuh 2 tapak tangan hingga pergelangannya.
5) berkumur-kumur.
6) memasukkan air ke dalam hidung.
7) menyapu sekalian kepala.
8) menyapu telinga
9) menyelat-yelat janggut y tebal
10) menyelat-yelat anak jari tangan & kaki
11) mendahulikan kanan ke kiri
12) 3x basuh dan sapu pada anggota
13) berturut-turut perbuatannya
14 membaca doa selepas wudhu'

 
 

Ahad, 25 Disember 2011

Panduan lengkap ibadah solat...

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamu'alaikum warahmatullahiwabarakatuh....

Agama islam mewajibkan penganutnya menjaga kebersihan :
  • kebersihan dari najis yang lahir terkena pada badan, pakaian, benda-benda, rumahtangga(tempat)dan sebagainya.
  • kebersihan/kesucian dari najis batin yang berada di dalam jiwa seperti menyengutukan ALLAH, hasad dengki, sombong, bermegah-megah, riak @ membuat sesuatu mengharapkan pujian dan sebagainya.
Bersuci dalam istilah syarak ialah "Mengerjakan sesuatu yang membolehkan mendirikan solat dan amal ibadat yang seumpamanya seperti tawaf dan membaca Al-Quran dengan melakukan wudhu' / mandi / tayamum dan menghilangkan najis yang tidak dimaafkan yang terkena pada badan, pakaian, tempat dan sebagainya.

Tegasnya, tidak sah solat seseorang tanpa suci dari hadas kecil (wudhu') @ hadas besar ( mandi wajib ); dan juga jika badan, pakaian @ tempat solat tidak suci dari najis tidak dimaafkan.

YANG WAJIB DISUCI @ DIBERSIHKAN :
  1.  Najis yang berada pada badan, pakaian dan tempat mendirikan solat @ lain-lain ibadat.
  2.  Hadas kecil yangberada pada anggota wudhu''
  3.  Hadas besar yang berada pada seluruh badan.